PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSAMA PENJAWAT AWAM DI SABAH

Perjumpaan YAB Perdana Menteri, YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah yang berlangsung di Sabah International Convention Center (SICC). INTAN Kampus Sabah telah diberi kepercayaan penuh untuk menguruskan majlis perjumpaan ini termasuk pengendalian protokol dan sambutan.

Hadir bersama adalah YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan YBhg. Dato' Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Persekutuan Sabah. Turut hadir adalah Menteri-menteri Persekutuan, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Sabah dan penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama penjawat awam ini bertujuan untuk berkongsi aspirasi pimpinan tertinggi negara dalam memperkasakan perkhidmatan awam selain mengurangkan birokrasi dalam sistem penyampaian kerajaan bagi mendepani cabaran norma baharu masa kini.














Comments