INTAN MINISTERIAL TALK: Nurturing Innovation Culture In Public Service (10.7.2019)



INTAN MINISTERIAL TALK
“NURTURING INNOVATION CULTURE IN PUBLIC SERVICE”
10 JULAI 2019 (RABU)

INTAN Ministerial Talk yang bertajuk “Nurturing Innovation Culture in Public Service” telah diadakan pada 10 Julai 2019 di Auditorium Tun Datu Mustapha, INTAN Kampus Sabah.  Sesi perkongsian ilmu tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Program INTAN Ministerial Talk dilaksanakan sebagai salah satu platform perkongsian idea-idea baharu bagi menyuburkan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam ke arah melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam serta menyokong inisiatif transformasi kerajaan.

Melalui sesi perkongsian selama lebih kurang sejam itu, Yang Berhormat  Puan Isnaraissah Munirah Majilis telah menyampaikan kupasan menarik mengenai topik yang dibincangkan terutamanya peranan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang dilihat sebagai pemangkin dalam menyuburkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam. Yang Berhormat Timbalan Menteri juga turut menyeru agar penjawat awam terus menerapkan elemen inovasi ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. Perkara ini adalah seiring dengan halatuju negara menjadi sebuah negara maju yang memerlukan penjawat awam bukan sahaja berdaya saing, malah boleh menghasilkan produk inovatif yang memberi manfaat kepada jabatan. Rakyat Sabah juga perlu menjadikan budaya inovasi sebagai satu usaha yang berterusan kerana dengan mencipta inovasi, kehidupan masyarakat setempat dapat ditingkatkan. Yang Berhormat Timbalan Menteri turut berkongsi inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh MESTECC iaitu Program Malaysia Sosial Innovation (MySI). Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM 5 juta di mana setiap projek yang berjaya dipilih akan diberikan dana pelaksanaan sehingga maksimum RM 300,000. Objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan B40 melalui pelaksanaan program yang mengunapakai teknologi sedia ada dan mampan.  Rakyat Sabah disarankan untuk merebut peluang dengan membuat permohonan dana MySI pada tahun hadapan.  

Melalui sesi ini juga, peserta dapat berkongsi input dan meningkatkan kefahaman melalui slot interaktif di antara peserta dan Yang Berhormat Timbalan Menteri di mana slot ini memberi ruang kepada peserta untuk mengemukakan soalan di samping berkongsi dan bertukar idea serta pandangan pada akhir program tersebut. Seramai 230 orang peserta daripada Jabatan dan Badan Berkanun, Persekutuan dan Negeri, di Sabah dan WP Labuan telah menghadiri program ini.


          IET1:  Banner Program INTAN Ministerial Talk: “Nurturing Innovation Culture inPublic Service”

                                    IET2:  YBTM menandatangani buku pelawat INTAN Kampus Sabah

                                                      IET3:  YBTM ketika ditemuramah oleh media.  


           IET4:  YBTM ketika menyampaikan perkongsian “Memupuk Budaya Inovasi dalam Sektor Awam”. 

                       IET5: Peserta yang sempat bertanya soalan kepada YBTM dalam sesi soal jawab. 

                   IET6: Peserta yang sempat bertanya soalan kepada YBTM dalam sesi soal jawab.  


               IET7: YB Timbalan Menteri bergambar bersama peserta selepas sesi perkongsian tersebut.
  
                 IET8: Cenderamata disampaikan oleh Puan Rozanah binti Hj Abd. Hamid kepada YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis




Comments