PROGRAM PEMANTAPAN PENGURUSAN PEJABAT TAHUN 2019 OUTREACH KURSUS INTAN KAMPUS SABAH DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN SANDAKAN 15-16 OGOS 2019 (KHAMIS DAN JUMAAT)


PROGRAM PEMANTAPAN PENGURUSAN PEJABAT TAHUN 2019
OUTREACH KURSUS INTAN KAMPUS SABAH
DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN SANDAKAN
15-16 OGOS 2019 (KHAMIS DAN JUMAAT)

Program Pemantapan Pengurusan Pejabat INTAN Kampus Sabah tahun 2019 berjaya diadakan pada 15 dan 16 Ogos 2019 di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian Sandakan.  Program outreach ini merupakan salah satu program bitara INTAN yang dilaksanakan sebagai platform pemusatan zon dan perjumpaan bersama penjawat awam yang berada di luar kawasan Kota Kinabalu.  Program ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2007 yang melibatkan beberapa daerah di Sabah seperti Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini merupakan salah satu usaha INTAN untuk mendekati warga perkhidmatan awam yang berada di luar kawasan Kota Kinabalu.  Selain itu, program ini turut dilihat sebagai satu platform untuk berkongsi maklumat mengenai INTAN Kampus Sabah. Di samping itu, program outreach juga dapat mempromosi dan meningkatkan kesedaran perkhidmatan awam di daerah Sandakan mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan terhadap pengukuhan penyampaian perkhidmatan awam dan meningkatkan kecekapan modal insan. Justeru, INTAN Kampus Sabah amat berhasrat agar usaha mendidik kumpulan sasar secara hands-on dalam isu-isu pemantapan pengurusan organisasi dapat mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dengan bantuan kepakaran tenaga pengajar dari INTAN Kampus Sabah.

Melalui program dua hari ini, sebanyak enam sesi perkongsian ilmu telah dilaksanakan oleh perunding latihan INTAN. Di antaranya adalah Panduan Pengurusan Fail dan Rekod, Ekosistem Kondusif Sektor Awam, Etiket Sosial, Integriti dalam Perkhidmatan Awam, Pengurusan Kewangan Peribadi dan Pengurusan Tatatertib. Seramai 84 orang peserta dari pelbagai jabatan persekutuan di Daerah Sandakan telah menyertai program tersebut. Majlis Perasmian Penutupan Program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Harris bin Ali, Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berharap agar kakitangan kerajaan sentiasa mempraktikkan pembelajaran sepanjang hayat agar memperoleh ilmu yang menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.

CAPTION
Gambar 1:  Banner Program Pemantapan Pengurusan Pejabat INTAN Kampus Sabah Tahun 2019
 


Gambar 2:  YBrs. Encik Mohd Harris bin Ali bergambar bersama peserta program sejurus Majlis Perasmian Penutupan Program.



Gambar 3:  Penyampaian Sijil kepada Peserta Program
 

Gambar 4:  Penyampaian Cenderamata kepada wakil Institut Latihan Perindustrian Sandakan


Comments