PERHIMPUNAN BULAN JANUARI 2020 & AMANAT TAHUN BARU 2020 SERTA MAJLIS JASAMU DIKENANG BUAT ENCIK RAJIM BIN LATIF (8 JANUARI 2020)



Sekitar Perhimpunan Bulanan Januari & Majlis Amanat Tahun Baru 2020  INTAN Kampus Sabah. Ucaptama disampaikan oleh YBgh Tuan Haji Mohd Harris Bin Ali, Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah yang diadakan pada 8 Januari 2020. Dalam ucaptama, YBrs Pengarah Wilayah INTAN mengajak semua warga INTAN untuk terus fokus dan komited dalam melaksanakan tugas mengikut kepada peraturan yang berkuatkuasa bagi mengoptimumkan produktiviti sepanjang tahun.

Perhimpunan ini turut mengadakan Majlis Jasamu Dikenang buat  Pustakawan yang telah berpindah keluar daripada INTAN Kampus Sabah  iaitu, Encik Rajim Saifullah@Latiff. Beliau telah bertukar keluar ke Institut Perguruan Kampus Gaya. Jasa beliau sepanjang berkhidmat di INTAN Kampus Sabah sangat dihargai kerana beliau merupakan seorang pegawai yang bertanggungjawab, aktif dan proaktif dalam melaksanakan tugasan. Selamat Maju Jaya Buat Encik Rajim.















































Comments