Perhimpuan Bulanan INTAN Kampus Sabah anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia (PSM) bertemakan Love, Respect and Happiness (28 Februari 2020)



Perhimpuan Bulanan INTAN Kampus Sabah anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia (PSM) bertemakan Love, Respect and Happiness (Kasih Sayang, Saling Menghormati dan Kebahagiaan).
Menurut Pengerusi Penganjur Encik Mohd Ishak Bin Amir Hussein, rasional pemilihan tema ini adalah bersesuaian dengan kepentingan memaklumkan warga INSABAH bahawa kejayaan INSABAH dalam melaksanakan  perancangan dan mencapai matlamat adalah dipengaruhi oleh ekosistem yang positif dengan menyemai konsep kasih sayang dan saling menghormati sesama warga kerja.

Pengarah Wilayah INSABAH Tuan Haji Mohd Harris Bin Ali, turut menekankan konsep kasih sayang, saling hormat menghormati dan mempunyai belas ehsan sesama warga kerja juga dapat meningkatkan hubungan yang positif bagi memacu prestasi organisasi yang lebih berdaya saing dan memastikan matlamat INSABAH dapat direalisasikan.

Menurut beliau, pihak Pengurusan atasan turut terbuka untuk  meraikan sebarang perbezaan pandangan dengan menggunakan platform yang bersesuaian seperti melalui Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Unit Latihan mahupun bersemuka secara individu dan  berkumpulan bagi menambahbaik proses pentadbiran dan pengurusan INTAN Kampus Sabah. Perbincangan bagi penyelesaian sesuatu isu atau masalah perlulah diselesaikan dahulu secara dalaman tanpa perlu disebarkan kepada agensi luar bagi membendung masalah yang lebih teruk lagi.

Melihat kepada pergolakan isu politik semasa, beliau turut mengingatkan warga INSABAH untuk mengekalkan pendirian apolitical dan berkecuali dan melaksanakan tugasan  mengikut undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuatkuasa.


Diharapkan medium perhimpunan pada bulan februari ini dapat menyuntik semangat kepada semua warga kerja bagi membina jati diri yang lebih penyayang, hormat menghormati dan mengasihi sesama insan.





































Comments