BENGKEL LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT (11-12 MAC 2020)



Bengkel Literasi Media dan Maklumat kepada Petugas Perpustakaan Gunasama Perpustakaan Negara Malaysia di Negeri Sabah telah berlangsung pada 11-12 Mac 2020. Seramai 48 orang Pegawai yang terdiri daripada Pustakawan, Penolong Pustakawan dan Pembantu Pustakawan di Negeri Sabah menghadiri bengkel ini.
Objektifnya adalah bagi meningkatkan pengetahuan peserta dalam aspek mencari, menilai, mengurus, menyebar dan menggunakan maklumat secara berkesan, tepat dan beretika. Bengkel ini juga memberi pendedahan maklumat yang ada di platform U-Pustaka.
Penceramah bagi bengkel ini ialah Encik Adam Zulkarnain Bin Saleng dan Encik Mohd Redzuan Bin Ramli daripada Perpustakaan Negara Malaysia.











Comments