SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN SEMPENA RAMADHAN TAHUN 2020 (23 April 2020)



INTAN Kampus Sabah amat menghargai jasa dan sumbangan bakti para petugas barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid-19. Justeru, sumbangan penghargaan telah diadakan pada 23 April 2020 sebagai tanda penghargaan berterusan kami khusus buat anggota PDRM daripada IPD Tuaran dan IPD Kota Kinabalu , Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Hospital Daerah Tuaran dan RELA Negeri Sabah yang sepenuh masa memastikan INTAN Sabah dapat beroperasi dengan sempurna sebagai salah satu Pusat Kuarantin bagi Negeri Sabah ini.
Sumbangan juga disampaikan kepada warga INSABAH bagi persiapan tibanya bulan mulia Ramadan Al-Mubarak.Syabas dan tahniah kepada Kelab KERIS INSABAH atas inisiatif ini.









Comments