INTAN SEBAGAI PUSAT KUARANTIN BAGI PATIENT UNDER INVESTIGATION (PUI) DI NEGERI SABAH (3 APRIL 2020)



INTAN Kampus Sabah telah diwartakan oleh Kerajaan sebagai salah satu Pusat Kuarantin bagi mengekang penularan wabak virus Covid-19.
Kami bersama membantu usaha kerajaan dan berusaha memberikan penginapan yang selesa kepada Patients Under Investigation (PUI) yang ditempatkan di INTAN.
Setinggi kesyukuran dan kegembiraan melihat sebilangan Pegawai dan Petugas Perubatan yang dikuarantin telah dibenarkan pulang selepas 14 hari berada di INTAN. Terima kasih kerana menjadi tetamu INTAN Kampus Sabah selama tempoh tersebut.
Wajah dan reaksi ceria memperlihatkan semangat dan komitmen mereka khususnya sebagai frontliner dalam berjuang mengekang penularan Covid-19 ini. Kita doakan agar semua petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan, MKN, warga PDRM, ATM, APM, RELA, Bomba dan agensi kerajaan yang lain terus tabah dan dilindungi daripada risiko jangkitan semasa menjalankan tugas untuk rakyat dan negara.












Comments