Kunjungan hormat Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah, Tuan Haji Mohd Harris bin Ali kepada Pegawai Daerah Tuaran, YBrs Tuan Mohd Sofian Alfian Nair selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tuaran.
Pertemuan turut membincangkan mengenai status pengurusan dan perancangan penempatan Pesakit Bawah Siasatan (PUI) dan Pesakit Bawah Pemerhatian (PUS) di Pusat Kuarantin INTAN Kampus Sabah.
Pengurusan INTAN mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas hubungan dan kerjasama erat oleh Tuan Pegawai Daerah dan Urusetia Pejabat Daerah Tuaran serta layanan mesra yang telah diberikan.
Comments
Post a Comment