Sekitar lawatan dan temu sua Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBrs. Puan Salinah binti Ismail bersama warga kerja INTAN Kampus Sabah. Hadir bersama ialah Ketua Unit Korporat dan Antarabangsa, YBrs Dr. Azmi bin Omar dan Puan Anis Rohayu binti Remli. Pengarah Wilayah INSABAH, YBrs Tuan Haji Mohd Harris bin Ali dan warga INSABAH mengalu-alukan kedatangan Puan TPK dan delegasi.
Puan TPK di bawa melawat Poster penghargaan kepada Frontliners Covid-19 dan menurunkan tandatangan sokongan pada poster tersebut. Seterusnya, melawat poster-poster yang dipamirkan di Down Memory Lane.
Dalam amanat Puan TPK, menegaskan bahawa semua warga INSABAH perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah, berintegriti serta sentiasa bersikap profesional. Warga Insabah juga perlu sentiasa mewujudkan suasana kerja yang harmoni, saling hormat-menghormati serta melibatkan diri kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh jabatan sebagai salah satu kaedah bagi mewujudkan kekitaan sesama anggota. Warga Insabah juga diingatkan untuk sentiasa meningkatkan kompetensi berdasarkan suasana norma baru agar sentiasa selari dengan aspirasi jabatan. Terima kasih di atas kesudian Puan TPK dan delegasi ke INSABAH.
Comments
Post a Comment