PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER/2020 ANJURAN UNIT PENGURUSAN INOVASI & TRANSFORMASI

Majlis Perhimpunan Bulanan Sesi September 2020 anjuran Unit Pengurusan Inovasi dan Transformasi (Unit PIT) bertemakan Sayangi Dirimu:Kesihatan Mental. Perkongsian ilmu bertajuk Kesedaran mengurus kesihatan mental telah disampaikan oleh Puan Ellyanti Panis, Pegawai Psikologi Unit Psikologi & Kaunseling dari Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.

Hadir bersama ialah Pengarah Wilayah INSABAH, YBrs. Tuan Haji Mohd Harris bin Ali. Beliau turut menekankan bahawa isu kesihatan mental perlu ditangani dengan baik antaranya dengan mengenali diri sendiri, mengurus masa dengan baik, memupuk kasih-sayang, menjaga kesihatan, memperuntukkan masa untuk beriadah, rehat & tidur dengan cukup, amalkan nilai positif, uruskan tekanan secara berkesan dan berkongsi masalah (jika perlu).
Pada perhimpunan kali ini, Anugerah Sahabat Prihatin INSABAH telah diperkenalkan dan julung kali anugerah ini diberikan kepada Encik Ahmad Durah bin Armat, Pengawal Keselamatan INSABAH.
Selain itu, Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Ogos dan September, Sambutan hari lahir staf bagi bulan September serta penghargaan kepada Ajk perhimpunan turut disampaikan. Semoga platform ini menjadi wadah bagi penyatuan kerja yang harmoni antara kakitangan di INSABAH.

















Comments