PROGRAM JELAJAH DEMOKRASI BERPARLIMEN: KENEGARAAN DAN PATRIOTISME HARI MALAYSIA


Program Jelajah Demokrasi Berparlimen: Kenegaraan dan Patriotisme Hari Malaysia di INTAN Kampus Sabah anjuran Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Peserta program terdiri daripada pelajar Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.

Hadir bersama ialah Pengarah Wilayah INSABAH, YBrs. Haji Mohd Harris bin Ali, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, YBrs. Encik Vasuthevan Palanivulu, guru-guru serta warga INSABAH.
Siti Fahlizah Binti Padlee, Pegawai Penyelidik Parlimen menyampaikan taklimat Mengenali Parlimen kemudian YBrs. Encik Muhammad Iqbal Ikhwandi Bin Mat Zin yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Dato' Sri Azalina Othman Said telah menyampaikan taklimat dan perkongsian berkenaan demokrasi berparlimen.
Antara objektif program termasuklah memperkenalkan institusi Parlimen Malaysia dengan lebih dekat lagi kepada masyarakat khususnya para pelajar tingkatan enam.
Program ini adalah sebagai platform untuk menimba ilmu pengetahuan tambahan yang berkait rapat dengan subjek wajib mereka iaitu Pengajian Am. Bersempena Hari Malaysia yang baru sahaja berlalu, Program Jelajah Demokrasi Berparlimen ini juga bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan kenegaraan.













Comments