𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐰 𝐑𝐢𝐬𝐤 & 𝐓𝐫𝐞𝐚𝐭𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 (𝐋𝐑𝐓𝐂) 𝐂𝐨𝐯𝐢𝐝-𝟏𝟗 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡


Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah telah mengaktifkan Bilik Gerakan bagi pengurusan sumbangan daripada pemimpin masyarakat, orang perseorangan, syarikat swasta serta warga prihatin Negeri Sabah untuk keperluan di LRTC INTAN Kampus Sabah. Justeru, satu majlis penyerahan ringkas telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Harris bin Ali, Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah kepada YBrs Dr. G Mohan A/L Gopal Naidoo, Pengarah Hospital Tuaran.

Sumbangan adalah dalam set barangan makanan dan minuman berpaket serta buku majalah sebagai bahan bacaan buat para pesakit. Sumbangan ini turut dipanjangkan kepada para petugas kesihatan dan anggota keselamatan yang bertugas di LRCT INTAN Kampus Sabah.
Pengurusan INSABAH dan Hospital Tuaran juga merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Senator Datuk Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang hadir secara peribadi menyumbangkan 10 set PPE di samping barangan dan minuman buat semua yang terlibat.
Setinggi penghargaan serta ucapan terima kasih sekali lagi diucapkan di atas segala sumbangan YB Datuk, individu, NGO serta semua warga Malaysia yang prihatin. Semoga sumbangan ini dapat membantu memenuhi keperluan dan menceriakan pesakit Covid 19 yang sedang menerima rawatan ini.

























Comments