UJIAN SWAB RTK-ANTIGENT KEPADA WARGA INTAN KAMPUS SABAH

 

INTAN Kampus Sabah telah mengambil inisiatif melaksanakan ujian swab RTK-Antigent kepada warga INSABAH yang terlibat dalam urusan penyelarasan Pusat Kuarantin & Rawatan COVID (PKRC) INTAN serta para pegawai yang telah mendaftar secara sukarela. Ujian telah dilaksanakan melalui kaedah Nasopharyngeal (NPS) swab oleh anggota kesihatan terlatih daripada Hospital Tuaran berpakaian alat pelindung diri (PPE) yang lengkap.
YBrs Tuan Hj Mohd Harris bin Ali, Pengarah Wilayah INSABAH telah mendahului ujian swab bersama 24 orang warga INSABAH bagi pengesanan virus Covid-19 ini. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs Dr. G Mohan A/L Gopal Naidoo, Pengarah Hospital Tuaran dan Team Kesihatan daripada Hospital Tuaran atas kerjasama erat dan sokongan yang telah diberikan.















Comments